Berita Semasa

[VIDEO] Kerajaan tubuhkan ‘task force’ bagi tangani isu perlombongan haram

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan satu task force bagi menangani isu perlombongan haram.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, task force itu akan dianggotai oleh pelbagai jabatan teknikal dan agensi penguatkuasaan dari peringkat Persekutuan dan Negeri.

@malaysiatribune

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ‘task force’ bagi tangani isu lombong haram akan dianggotai oleh pelbagai jabatan teknikal dan agensi penguatkuasaan dari peringkat Persekutuan dan Negeri. Tambahnya, kerajaan setakat ini telah mengenalpasti sebanyak 60 lokasi lombong haram di seluruh negara. Ketika ditanya mengenai lokasi lombong haram terbanyak, Fadillah berkata,” Paling banyak sekali adalah, diakui oleh Menteri Besar Kedah itu sendiri tadi, di Kedah.” #malaysiatribune #lombongharam #kedah

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Tambahnya, kerajaan setakat ini telah mengenalpasti sebanyak 60 lokasi lombong haram di seluruh negara.

Ketika ditanya mengenai lokasi lombong haram terbanyak, Fadillah berkata,” Paling banyak sekali adalah, diakui oleh Menteri Besar Kedah itu sendiri tadi, di Kedah.”

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Kedua (MMN2) di sini hari ini.

“Dalam mesyuarat ini turut dibangkitkan isu berkaitan penerokaan sumber mineral secara haram melalui perlombongan haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Dalam hal ini, kerajaan Persekutuan telah menggesa semua kerajaan negeri supaya mengambil perhatian serius terhadap isu ini melalui peningkatan kawalan dan pemantauan khususnya kawasan sensitif seperti Hutan Simpan Kekal (HSK) dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button