Politik

Keputusan tarik balik penggantungan Tajuddin akan dibuat MKT UMNO

LENGGONG – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan menarik balik penggantungan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, akan diputuskan oleh MKT.

Beliau berkata, sesiapa pun boleh memohon rayuan terhadap keputusan yang sudah ditetapkan parti, tidak terkecuali bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak itu.

“Sesiapa pun boleh memohon rayuan. Yang buat keputusan penggantungan itu adalah MKT, maka perkara itu (rayuan) juga akan dirujuk kepada MKT.

“MKT akan buat pertimbangan yang sewajarnya,” katanya memetik laporan BH Online.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Perak di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi MARA, di sini, hari ini.

Tajuddin, yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Salak digantung keahlian parti selama enam tahun sudah beberapa kali mengemukakan rayuan dan mahu kembali aktif dalam UMNO.

Beliau dilapor mengakui kesalahannya kerana bersuara agak lantang, namun tidak menolak kemungkinan akan menyertai parti lain jika rayuannya tidak diterima.

 

Show More

Related Articles

Back to top button