Bisnes & Ekonomi

CIMB naikkan kadar asas bermula 9 Mei ini

KUALA LUMPUR – CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd akan menaikkan kadar asas, kadar deposit tetap/kadar pendapatan pulangan tetap Akaun-i sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa pada 9 Mei ini.

Menurut kumpulan perbankan itu dalam satu kenyataan, ia selaras dengan pengumuman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus pada 3 Mei 2023.

Pada masa sama, semua kemudahan pembiayaan berasaskan kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) akan turut dinaikkan sebanyak 0.25 peratus.

Show More

Related Articles

Back to top button