Berita Semasa

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat Hari Wesak untuk penganut Buddha

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha yang menyambut perayaan itu hari ini.

Yang turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Poster ucapan Seri Paduka berdua dimuat naik di Facebook Istana Negara.

“Semoga perayaan ini membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Buddha,” menurut Istana Negara.

Hari Wesak disambut penganut Buddha sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia.

Show More

Related Articles

Back to top button