Berita Semasa

Ribuan hadir sambut Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani

ALOR SETAR – Sambutan Aidilfitri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Hotel Raia, hari ini disambut meriah dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu.

Orang ramai dilihat mula membanjiri lokasi majlis pada jam 9 pagi, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di bilik jamuan VIP pada jam 10 pagi dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, pengunjung yang hadir, Ahmad Ismail, 47, dari Baling berkata, dia dan keluarganya tiba di rumah terbuka itu pada jam 9 pagi.

“Jamuan rakyat seperti itu dapat mengeratkan hubungan dengan pemimpin, malah ada yang datang dari jauh semata-mata untuk berhari raya bersama Perdana Menteri,” memetik laporan Berita Harian.

Zurina Abdul Rashid, 40, dari Perlis pula berkata, jamuan rakyat di rumah terbuka ini sangat bermakna untuk rakyat ketika suasana Aidilfitri masih dirasai.

Show More

Related Articles

Back to top button