Berita Semasa

Sultan Kedah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani esok

PUTRAJAYA – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Kedah, esok.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan Persekutuan menjunjung kasih di atas limpah perkenan baginda yang sudi mencemar duli menghadiri majlis berkenaan.

“Keberangkatan baginda pastinya akan menambah lagi seri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani, sekali gus memberi peluang kepada rakyat Kedah untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku,” kata Fahmi dalam satu kenyataan, hari ini.

Majlis itu akan diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang bertempat di Hotel Raia, Alor Setar.

Kedah merupakan antara enam lokasi di mana Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani diadakan.

Lima lokasi lagi adalah Pulau Pinang (6 Mei), Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (21 Mei), Terengganu (13 Mei) dan Selangor (14 Mei).

Show More

Related Articles

Back to top button