Berita Semasa

Konflik Sudan: Kesemua rakyat Malaysia dijangka tiba di tanah air esok

PUTRAJAYA – Kesemua 30 rakyat Malaysia yang berjaya dibawa keluar dari Sudan dijangka tiba di tanah air dari Arab Saudi pada kira-kira pukul 4 petang esok.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ketibaan mereka akan disambut di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

“Mereka yang pulang termasuk kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Sudan serta ahli keluarga, pekerja Petronas dan pelajar Malaysia.

“Buat masa ini, kesemua mereka berada di Jeddah, Arab Saudi selepas dibawa keluar dari negara bergolak itu selepas menempuh perjalanan hampir 30 jam,” kata Zambry dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau menambah, proses megeluarkan rakyat Malaysia di Sudan itu melibatkan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Sudan, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau seterusnya menambah, operasi Kedutaan Besar Malaysia di Sudan digantung sepenuhnya.

Dalam pada itu, Zambry berkata, beliau mewakili kerajaan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi, Kerajaan UAE dan pihak berkuasa di Sudan di atas kerjasama dalam misi evakuasi itu.

Show More

Related Articles

Back to top button