Berita Semasa

Kerja penyelenggaraan di Lebuhraya Karak cetus kemarahan netizen

BANGI – Kesesakan sejauh lebih 11 kilometer di Lebuhraya Karak arah Timur malam tadi didakwa berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya berkenaan.

Maklumat daripada ciapan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Twitter memaklumkan trafik sesak bermula dari KM20.1 arah Timur sehingga ke lokasi penyelenggaraan dilakukan.

Keadaan lalu lintas menjadi bertambah teruk apabila lorong tengah dan kanan di KM31.8 hingga KM32.7 arah timur (Genting Sempah) ditutup bagi memudahkan kerja penyelenggaraan.

“Penutupan lorong tengah dan kanan bermula pada jam 8.30 malam (17 April) dan tamat pada 8 pagi (18 April). Penutupan adalah untuk kerja-kerja penyelenggaraan ‘pavement rehabilitation’,” katanya.

Keadaan trafik yang sesak teruk di Lebuhraya Karak malam tadi tular sehingga mencetuskan spekulasi tindakan orang ramai yang mula pulang ke kampung lebih awal untuk mengelak kesesakan teruk menjelas Rabu dan Khamis ini.

 

Show More

Related Articles

Back to top button