Berita Semasa

Festival Ramadan Putrajaya lanjut operasi hingga jam 3 pagi

PUTRAJAYA – Mereka yang mencari kelengkapan Aidilfitri pada saat akhir kini boleh menarik nafas lega apabila Festival Ramadan Putrajaya 2023 (FRP 2023) melanjutkan operasinya sehingga 3 pagi kata Penganjur FRP, Shahrul Musa.

Menurut Shahrul, pelanjutan operasi sehingga sebelum subuh itu merupakan kelainan berbanding tamat 12 tengah malam sebelum ini.

Katanya, pelanjutan operasi itu juga susulan kehadiran pengunjung yang sangat memberangsangkan dengan lebih 500,000 pengunjung hadir ke tapak festival itu di sini, sejak pembukaanya pada hujung Mac.

“Sambutan luar biasa pada hari minggu dari lepas buka sampai tengah malam. Operasi sampai 12 tengah malam tapi sebab sambutan yang menggalakkan kita lanjutkan sampai 2 hingga 3 pagi dan kalau boleh sampai tiada orang baru kita tutup.

Pengedar utama Elrah, Sass Syed (dua dari kiri) bersama Penganjur FRP 2023, Shahrul Musa dan Rara Nadirah (hujung kanan) menghulurkan baju raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Bakti Nur Ain Bangi dalam majlis pemberian duit raya, baju melayu serta baju kurung semalam.

“Capai sasaran pada pertengahan bulan lagi (sasaran pengunjung) dan dengan galakkan kita dapat daripada Perbadanan Putrajaya sendiri yang ada inisiatif sediakan tempat iftar jadi orang datang sini bukan semata-mata pergi bazar jadi secara tidak langsung kita dapat tarik lebih banyak pelanggan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Terdahulu, FRP dengan kerjasama jenama pakaian, Zareth Zehra dan Elrah menyantuni 20 anak yatim dari Rumah Bakti Nur Ain Bangi dalam majlis pemberian duit raya, baju melayu serta baju kurung sempena menyambut Aidilfitri pada minggu hadapan.

Ditanya mengenai keluhan peniaga yang mendakwa memperoleh hasil jualan yang sedikit, Shahrul berkata, perkara tersebut mungkin disebabkan oleh pengurangan kuasa beli selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kalau kita tengok daripada tahun lepas orang memang dah lama dengan PKP bila dapat berbelanja mereka akan terus berbelanja cuma untuk tahun ini orang banyak fikir pasal benda lain kuasa membeli itu adacuma sedikit kurang.

Penerima sumbangan sedang memilih pakaian baju kurung yang ditaja jenama Zareth Zehra.

“Sungguhpun begitu, kalau tengok macam Elrah berbanding dengan pesaing dia yang lain untuk barang dia memang dapat capai sasaran pelanggan dan masih ada permintaan.

Jelas Shahrul, dia akan berusaha membantu peniaga di sini memperoleh keuntungan setidak-tidaknya dapat menghabiskan stok barangan mereka sebelum Aidilfitri.

“Kita sebagai penganjur dah buat banyak inisiatif salah satu sebelum kita buat festival kita dah turun harga asal sebanyak 30 peratus hasil rundingan dengan pihak perbadanan yang juga risau dengan sewa yang mahal.

“Kita juga berkerjasama dengan penaja kita dan untuk sewa mungkin tiada pengurangan lagi tapi kita akan tolong daripada segi masa operasi untuk mereka habiskan stok sebelum raya sebagai penganjur kita akan tolong tambah tenaga kerja dan macam-macam lagi,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button