Berita Semasa

Pembudayaan inovasi jadi tarikan pelabur luar

PUTRAJAYA – Pembudayaan inovasi merupakan satu langkah merancakkan ekosistem ekonomi digital

negara yang seterusnya mampu menarik lebih banyak pelaburan luar negara.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, penyediaan ekosistem untuk merancakkan ekonomi digital dan teknologi adalah salah satu tumpuan kementeriannya untuk menstrukturkan semula ekonomi negara.

“Antara langkah penting ke arah ini ialah mewujudkan bakat-bakat digital dan teknologi yang boleh dibimbing menjadi usahawan.

Saya yakin dengan bertambahnya bakat secara mendadak, (dan) apabila dipadankan dengan insentif dan bimbingan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang ada, perkembangan ekonomi digital dan teknologi negara akan (menjadi) lebih pesat,” kata Rafizi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pra-Pelancaran Rancangan Realiti TV Inovasi (Innovathon) di sebuah hotel, di sini hari ini.

Innovathon merupakan kerjasama di antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjana dan mengembangkan idea inovatif yang boleh dikomersialkan sebagai produk.

Show More

Related Articles

Back to top button