Berita Semasa

Minggu Perpaduan disambut secara serentak di seluruh negara pada 20 hingga 28 Mei

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan sambutan Minggu Perpaduan secara serentak di seluruh negara pada 20 hingga 28 Mei ini.

Perkara itu diumumkan dalam Mesyuarat Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang Bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Sarawak serta EXCOEXCO Perpaduan Negeri (MExUnity) yang pertama bagi tahun ini.

“Mesyuarat pada kali ini turut memfokuskan kepada perbincangan mengenai pelaksanaan program flagship Kembara Perpaduan yang merangkumi tiga kluster program iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah.

“Sambutan Minggu Perpaduan yang akan berlangsung pada 20 hingga 28 Mei ini secara serentak di seluruh negara merupakan tumpuan utama bagi pengisian flagship ini dalam usaha memperkukuhkan penyatupaduan masyarakat pelbagai kaum,” katanya.

Dalam pada itu katanya, MExUnity adalah platform perbincangan antara Menteri Perpaduan Negara dan barisan EXCO Kerajaan Negeri mengenai usaha-usaha penyatupaduan termasuk perancangan dan pelaksanaan program-program perpaduan di peringkat negeri.

Jelasnya, ia sejajar dengan kerangka perpaduan baharu iaitu Membangun Malaysia Madani yang berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian.

Sementara itu, katanya, Menteri Perpaduan Negara turut menyeru kepada semua barisan EXCO supaya terus menyokong pelaksanaan program-program mengikut kerangka perpaduan yang dibangunkan bagi mencapai aspirasi Malaysia Madani.

Show More

Related Articles

Back to top button