Berita Semasa

Ab. Rauf umum 10 timbalan Exco Melaka

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengumumkan nama 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik memegang jawatan timbalan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dalam sidang akhbar berlangsung di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini, sebentar tadi.

Berikut merupakan senarai penuh timbalan Exco Melaka memetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

1. DATUK KHAIDHIRAH ABU ZAHAR
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET

2. ZULKIFLI MOHD
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana

3. DATUK ZAIDI ATTAN
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya

4. LOW CHEE LEONG (ADUN PH)
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

5. MOHD. NOOR HELMY ABDUL HALEM
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital

6. LENG CHAU YEN (ADUN PH)
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti

7. SITI FAIZAH ABD. AZIS
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan

8. ZAHARI ABD. KHALIL
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan

9. ROSLI ABDULLAH
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama

10. TUMINAH KADI
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna

Show More

Related Articles

Back to top button