Jenayah & Mahkamah

Suspek kes bunuh isteri di Dungun direman 7 hari

DUNGUN – Seorang buruh binaan ditahan reman selama 7 hari bagi membantu siasatan kes dipercayai membunuh isterinya di Kampung Besol, Bukit Besi, semalam.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 32 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Noradila Ab Latif di Mahkamah Majistret Dungun, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, polis mendapat perintah reman terhadap suspek sehingga Rabu depan.

Menurutnya, tangkapan terhadap suspek yang bekerja sebagai buruh binaan itu dibuat semalam, sebaik polis menerima laporan berhubung kejadian itu.

Dalam kejadian semalam, suspek dipercayai bertindak membunuh isterinya, Rubiah Sabtu dengan mengetuk di bahagian muka dan kepala.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 8 pagi selepas tertuduh pulang ke rumah sebaik selesai menghantar seorang anaknya di sebuah sekolah berdekatan.

Suspek dilaporkan telah keluar dari rumah dan pergi ke rumah datuknya yang terletak tidak jauh dari lokasi.

Suspek kemudian memberitahu kakaknya yang dia telah membunuh isterinya dengan tukul besi sambil menangis dan ketakutan.

Hentakan kuat terbabit menyebabkan terdapat enam kesan kecederaan serius di bahagian mata kanan serta di bahagian dahi, hidung, mulut dan telinga kanan mangsa.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button