Jenayah & Mahkamah

Lima lelaki ditahan samun peniaga bazar

KULAI – Lima orang suspek kes samun berjaya diberkas polis dalam empat serbuan di sekitar Taman Sentosa, Bandar Putra Kulai dan Jalan Persiaran Indahpura di sini, malam tadi

Menurut Ketua Polis daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, suspek yang berusia 18 hingga 47 tahun itu ditahan antara jam 1.30 tengah hari hingga 10.30 malam

Katanya, tangkapan dibuat susulan aduan seorang lelaki yang juga peniaga bazar, mendakwa didatangi suspek bersama tiga yang lain kira-kira jam 10.45 malam kelmarin, ketika berniaga bersama rakannya di tapak Bazar Ramadan, Jalan Merbau di Bandar Putra di sini

Selain itu, wang berjumlah RM5,405 milik mangsa turut dirampas suspek dalam kejadian itu

“Mereka berbincang mengenai perniagaan mercun di tapak bazar itu sebelum seorang daripada suspek yang tidak dikenali menendang pengadu di dada hingga terjatuh

“Pengadu kemudian diserang dengan senjata dipercayai sebatang kayu dan dipukul oleh beberapa inidvidu ketika cuba menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini

Kejadian itu juga menyebabkan pengadu cedera di kepala, muka, tangan dan badan sebelum menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai

“Polis menyelesaikan kes kurang 24 jam laporan polis dibuat. Sebatang kayu yang dijadikan senjata dan sehelai baju turut dirampas

“Hasil siasatan awal, semua suspek mengaku terbabit dan kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham

“Usaha mengesan rakan sejenayah yang masih bebas giat dijalankan dan semua suspek direman empat hari sehingga 9 April manakala kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button