Berita SemasaPM X

Kebergantungan terhadap orang tengah harus dikurangkan – PM Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kebergantungan terhadap orang tengah harus dikurangkan bagi memastikan harga barangan dapat dikawal dengan lebih baik.

Menurut Anwar, yang juga Menteri Kewangan, harga barang akan dapat dikawal sekiranya orang tengah mengambil keuntungan dengan kadar yang berpatutan.

“Kita tengok kalau sayur hijau lebih murah, kerana tidak melalui orang tengah dengan keuntungan berlebihan…jadi harga jauh lebih rendah dari pasar biasa.

“Begitu juga harga barang makanan lain seperti buah, ikan dan udang… Kalau dapat kurangkan peranan orang tengah atau orang tengah ambil keuntungan berpatutan, harga boleh dikawal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Jualan Agro Rahmah Bazar Ramadan Presint 3, di sini pada Khamis.

Yang hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali;  dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Foong Hin.

Tambah Ahli Parlimen Tambun itu lagi, harga sayur dan barangan basah yang dijual pada jualan Agro Rahmah itu adalah lebih murah kerana tidak dijual melalui orang tengah.

Ditanya sejauh manakah kerajaan berusaha memerangi orang tengah, beliau berkata, kewujudan pasar tani dan program Agro Rahmah adalah antara usaha yang telah dilakukan bagi mengawal perkara tersebut.

“Kalau kita bawa hasil itu dari ladang terus ke pasar, harga itu jauh lebih rendah… barang-barang import itu kita tidak dapat kawal tetapi hasil dalam negeri boleh dikawal,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button