Politik

Anwar minta Tun M lanjutkan tempoh 7 hari jawab tuntutan

BANGI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon beliau diberikan sedikit lagi masa untuk menjawab surat tuntutan dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut dikeluarkan firma guaman yang mewakili Dr. Mahathir, Tetuan Law Practice of Rafique, permohonan lanjutan masa itu diterima oleh  Tetuan Thomas Philip yang mewakili Anwar.

“Kami telah menerima pemakluman dari Tetuan Thomas Phillip peguamcara yang dilantik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mereka memohon masa sehingga Isnin, 17 April 2023 untuk menyediakan jawapan kepada Notis Tuntutan Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad bertarikh 27 Mac 2023.

“Anak guam (Dr. Mahathir) kami tiada halangan kepada permintaan tersebut,” ujar kenyataan media itu.

Dr. Mahathir baru-baru ini menuntut penjelasan daripada Anwar berhubung kenyataan berbaur fitnah dibuat Perdana Menteri itu pada Kongres Nasional Khas PKR 2023, 18 Mac lalu.

Dalam kenyataan itu, Anwar dikatakan telah menuduh bekas Perdana Menteri ke-4 itu membolot hasil kekayaan berbilion ringgit untuk diri dan keluarga sepanjang 22 tahun perkhidmatan.

Justeru, Mahathir memberikan Anwar masa selama tujuh hari untuk mengemukakan bukti atas segala dakwaannya atau berdepan dengan tindakan guaman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button