Politik

Annuar Musa sertai Pas?

BANGI – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, dilaporkan memilih Pas sebagai pentas untuk meneruskan perjuangan politiknya.

Menurut laporan MalaysiaKini, sumber mendedahkan Annuar yang pernah menjadi menteri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) sudah pun mengisi borang keahlian Pas.

Annuar dikatakan bercadang untuk mengumumkan penyertaan tersebut selepas Aidilfitri nanti.

“Setakat ini Annuar dah buat keputusan untuk sertai Pas cuma tunggu masa untuk dia buat pengumuman rasmi.

“Difahamkan beliau akan umumkan perkara itu selepas sambutan Aidilfitri nanti sebagai langkah membangkitkan mood pilihan raya negeri (PRN),” katanya kepada MalaysiaKini.

Tambahnya, Annuar berkemungkinan akan menjadi salah seorang calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan.

“Tak mustahil dia (Annuar) akan bertanding dan Pas sendiri boleh menaruh harapan terhadap pengaruh serta pengalaman Annuar,” ujarnya.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan tersebut mengikut Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO di mana keahlian digugurkan secara automatik.

Annuar sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikaitkan usaha membentuk jajaran baharu antara BN serta Pakatan Harapan (PH).

Show More

Related Articles

Back to top button