
Ketua Pembangkang desak kerajaan benarkan pengeluaran KWSP
Tersentuh tindakan pemandu teksi jalan kaki ke Istana Negara dari Johor
BANGI – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendesak kerajaan supaya mempertimbangkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khususnya kepada rakyat yang benar-benar terdesak untuk meneruskan hidup ketika ini.
Tegas beliau, kerajaan tidak boleh terus memandang perjuangan isu itu dengan hanya sebelah mata kerana ia adalah rintihan rakyat yang amat memerlukan pengeluaran simpanan wang tersebut.
Katanya, beliau begitu tersentuh mengenai isu itu terutama selepas membaca laporan media mengenai Tindakan seorang pemandu teksi yang tekad berjalan kaki dari Johor ke Istana Negara, baru-baru ini.
“Bila baca kisah Norazlan saya faham isi hatinya, bapa kepada lima anak yang masih bersekolah ini terdesak dan sedang dalam keperitan.
“Bagi Norazlan pengeluaran simpanan KWSP adalah kunci untuk dia keluar daripada belenggu hutang dan seterusnya memulakan kehidupan baharu bersama keluarga.
“Saya tahu ramai rakyat di luar sana yang terdesak dan amat memerlukan pengeluaran simpanan KWSP. Mereka juga dalam kesusahan dan kepayahan sepertimana Norazlan,” katanya dalam kenyataan, semalam
Media tempatan pada Rabu lalu Tindakan Norazlan Ismail, 49, yang keluar berjalan kaki sejauh 312 kilometer dari Tol Skudai ke Istana Negara bagi membawa misi pengeluaran caruman KWSP demi menyelamatkan rumah tangga dan keluarganya.
Walaupun ramai yang melihat usaha itu sebagai ‘kerja gila’, Norazlan menganggapnya sebagai usaha supaya kerajaan memahami betapa terdesaknya sebahagian rakyat ketika ini.
Justeru Hamzah yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendesak kerajaan supaya memikirkan mekanisme pengeluaran KWSP secara bersasar untuk golongan memerlukan.
Katanya, Perikatan Nasional (PN) tetap berpegang dengan agenda menggesa kerajaan mempertimbangkan perkara ini.
“Kami angkat denyut nadi dan suara hati rakyat yang mahukan pengeluaran simpanan KWSP ditunaikan kerajaan, tetapi sayangnya dibalas sinis Perdana Menteri ke-10,” katanya.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune