Politik

Zahid sahkan Sulaiman letak jawatan KM Melaka

BENTONG – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Ketua Menteri Melaka.

Beliau berkata, Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah datang menemuinya untuk menyerahkan surat tersebut di Parlimen, semalam.

“Saya akan mengadap TYT Tun Ali Rustam untuk mempersembahkan calon yang bersesuaian bagi pelantikan ketua menteri yang baharu.

“Saya harap kebijaksanaan TYT Tun untuk menerima watikah yang akan saya kemukakan dan majlis angkat sumpah ikut kesuaian tarikh TYT Tun,” katanya.

Sebelum ini, khabar angin mengatakan Sulaiman akan meletakkan jawatan bertiup kencang.

Ketika ditanya adakah Datuk Seri Ab Rauf Yusof bakal menggantikan Sulaiman, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak boleh mengesahkan perkara tersebut dan pada masa yang sama tidak menafikannya.

Show More

Related Articles

Back to top button