Berita Semasa

Baju Melayu Rahmah disyorkan RM148 sepasang – Salahuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hidup (KPDN) bersetuju untuk menetapkan harga Rahmah bagi sepasang baju Melayu pada harga RM148 sepasang seperti yang diperkenalkan oleh gedung beli belah Jakel.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, langkah itu adalah bagi membolehkan lebih ramai pelanggan mendapatkan pakaian tersebut pada harga Rahmah tetapi berkualiti tinggi.

“Jakel menyediakan sebanyak sejuta pasang baju Melayu bagi model Aaron Aziz dan Nabil pada harga RM148, ini dah cukup untuk meredakan bajet untuk dipakai oeh rakyat yang memerlukan dan menggembirakan mereka.

“Untuk pakej yang ada di Jakel, memang Jakel minat sebar luaskan hingga akhir Syawal. Bukan sekadar Ramadan kerana lepas balik kampung orang Kuala Lumpur akan raya satu bulan, jadi mereka tawarkan untuk tempoh dua bulan,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya yang ingin mengetahui harga Rahmah untuk pakaian susulan penetapan harga RM5 untuk menu Rahmah bagi makanan.

Dalam pada itu, ditanya jika inisiatif itu menyebabkan terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan melakukan pembelian secara borong, Salahuddin berkata, pihak gedung membeli belah tersebut telah memberi jaminan untuk mengawal keadaan tersebut daripada disalahgunakan oleh pihak pemborong.

Sementara itu, beliau juga menggesa orang ramai untuk membuat aduan kepada KPDN jika terdapat isu kualiti pakaian.

Salahuddin berkata, ini kerana pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap isu kualiti sama ada melibatkan menu atau pun pakaian.

Show More

Related Articles

Back to top button