
Sabella sertai kempen Jualan Rahmah dengan harga baju raya serendah RM10
KUALA LUMPUR – Jenama pakaian yang sinonim dengan slogan ‘baju tanpa gosok’, Sabella Holding Sdn Bhd (Sabella) mengambil inisiatif menyertai program Rahmah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan melancarkan Baju Raya Rahmah Sabella.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, penglibatan pihaknya dalam kempen itu bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan khususnya dari dalam kalangan B40 mendapatkan pakaian berkualiti pada harga terendah.
Katanya, kira-kira 700,000 pasang pengeluaran ‘Baju Raya Rahmah’ akan diedarkan ke seluruh negara menerusi Karnival Raya Sabela di 6 lokasi.
“Di luar sana, masih ramai lagi yang dalam kesusahan membina hidup. Saya berharap dengan initiatif ini dapat mengurangkan beban dan menceriakan rakyat Malaysia untuk berhari raya.
“Lagipun dari dulu lagi, jenama Sabella bukan sekadar menyelesaikan masalah orang ramai ‘baju tanpa gosok’ tetapi juga ia mampu milik dan Baju Raya Rahmah akan dijual serendah RM10 menerusi Karnival Raya Sabella di 6 lokasi seluruh negara,” katanya pada majlis Program Baju Raya Rahmah Sabella, baru-baru ini.
Lokasi Karnival Raya Sabella bakal berlangsung bermula 25 Mac 2023 di Sabella Hq, Batu Caves, Selangor, Dewan Kg Melayu Majidee, Johor Bharu, Johor, Dewan Teratai, Shah Alam, Selangor, Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Alor Setar, Kedah, Mydin Tunjong KB, Kota Bharu, Kelantan dan Dewan TER,Kuala Terengganu.
Majlis yang berlangsung di Pejabat Sabella Holdings Sdn Bhd, Batu Caves itu dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Dalam pada itu, Sufian berkata, pihaknya juga akan menyumbangan sejumpah Baju Raya Rahmah kepada golongan asnaf dan pada masa sama menjalani Projek Komuniti Santuni Guru Sempena Sesi Pembukaan Sekolah dimana sumbangan diberi kepada dua buah sekolah Kawasan Parlimen Pulai dan Parlimen Batu Pahat.
Sementara itu, bersempena dengan sambutan Ramadan dan Raya ini, Sabella menjangkakan jualan mencecah sehingga RM30 juta.
“Misi kami, semua orang perlu merasai baju baru bagi sambutan Raya nanti. Saya yakin, dengan harga yang sangat mampu milik, kami mampu capai sasaran jualan,” kata Sufian.
Selain itu, Sabella juga dijual secara e-dagang untuk pakaian raya sabella dan dijual oleh 250,000 usahawan Sabella di seluruh negara.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune