Bisnes & Ekonomi

Rafizi yakin kadar inflasi 3.3 peratus dapat dicapai tahun ini

PUTRAJAYA – Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli, yakin sasaran kadar inflasi sebanyak 3.3 peratus dapat dicapai tahun ini selepas indeks harga pengguna pada bulan Februari kekal pada kadar 3.7 peratus.

Menurut Rafizi, sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan, kadar inflasi sudah mulai stabil, namun harga barang masih tinggi berbanding dengan  pendapatan rakyat.

“Oleh itu, kerajaan bertekad untuk meringankan beban rakyat  dengan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan kos sara hidup, peningkatan pendapatan, dan keupayaan memilih,” katanya dalam sidang media di Menara Prisma, di sini, hari ini.

Selain itu, Rafizi turut mengumumkan aplikasi KitaJaga iaitu aplikasi penyemakan harga yang mampu mempamerkan harga harian untuk setiap barang mengikut lokaliti tertentu.

Jelas Rafizi, rakyat boleh melayari aplikasi KitaJaga dan menyemak harga barangan runcit yang dijual di seluruh negara.

“Konsep asas inisitiaf ini adalah untuk membolehkan rakyat membeli secara bijak dengan adanya data harga barang di hujung jari.

“Kementerian Ekonomi akan bermula dengan harga barang runcit kerana kebanyakan kenaikan harga tertumpu di kategori ini, dan meluaskan kepada kategori-kategori yang lain untuk kegunaan rakyat,” katanya.

Turut hadir, Pengasas Terato Tech yang juga penjaga aplikasi KitaJaga, Reza Razali dalam sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, aplikasi KitaJaga tersebut merupkan hasil kolaborasi antara Kementerian Ekonomi dan organisasi tempatan, KitaJaga, yang tidak melibatkan duit kerajaan dalam membangunkan kegunaann aplikasi itu.

“Organisasi KitaJaga telah memanfaatkan data terbuka di laman web OpenDOSM yang dilancarkan beberapa bulan dahulu, dan pembangun web dan kod-kod juga digalakkan untuk terus menggunakan data berbutir dari OpenDOSM dalam produk yang memanfaatkan rakyat,” jelasnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button