Jenayah & Mahkamah

Mahkamah benarkan Zahid dapatkan pasport secara kekal

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kini boleh ke luar negara tanpa kebenaran mahkamah selepas Mahkamah Rayuan di sini, membenarkan beliau mendapatkan semula pasport peribadi dan diplomatiknya secara kekal.

Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Hanipah Farikullah membenarkan permohonan Ahmad Zahid,70, selepas mahkamah berpuas hati ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu.

“Permohonan untuk dilepaskan pasport kepada beliau dibenarkan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob, walaubagaimanapun memberitahu mahkamah, beliau mendapat arahan untuk tidak membantah permohonan itu.

Untuk rekod. Ahmad yang juga Presiden UMNO, menghadapi 47 pertuduhan rasuah membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi (YAB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Terdahulu, pada 3 Feb lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan untuk menolak permohonan Ahmad untuk mendapatkan pasportnya secara kekal.

Show More

Related Articles

Back to top button