Luar Negara

Turkiye kecam tindakan cemar Al-Quran, bendera negara itu di Denmark

MOSCOW – Kementerian Luar Turkiye mengecam tindakan sekumpulan individu kerana mencemar kesucian Al-Quran dan bendera Turkiye di Denmark, pada Jumaat lalu.

Kementerian itu berkata, perbuatan sedemikian langsung tidak dapat diterima.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji yang menyasarkan kitab suci Al-Quran dan bendera kegemilangan kami di Denmark pada tengah hari 24 Mac,” kata kenyataan tersebut sebagaimana dipetik agensi Sputnik.

Insiden itu yang dilakukan semasa bulan suci Ramadan, sekali lagi mendedahkan bahawa Islamofobia, diskriminasi dan xenofobia telah berada pada tahap yang membimbangkan di Eropah.

Jabatan luar negara Turkiye turut memaklumkan pihak berkuasa Denmark bahawa Ankara menganggap tindakan sedemikian sama sekali tidak boleh diterima dan menggesa tindakan segera perlu diambil terhadap pelaku bagi mencegah provokasi seperti itu.

Januari lepas, Rasmus Paludan, pemimpin parti politik Denmark Stram Kurs, membakar naskhah al-Quran di Sweden dan Denmark sebagai protes terhadap kepimpinan Turkiye.

Sebagai tindak balas, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata Ankara tidak akan menyokong bidaan Stockholm untuk menjadi ahli NATO.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button