Berita Semasa

Ahli Parlimen Parit Sulong, Noraini Ahmad dilantik Pengerusi Risda

BUTTERWORTH – Ketua Wanita UMNO yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang baharu.

Perkara itu disahkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika lawatan kerjanya di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), di sini, hari ini.

“Ya, saya mengesahkan Noraini Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Risda,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan 1444H. Masjid Jamek Al-Islah Pokok Tampang, Permatang Berangan, Tasek Gelugor di sini.

Show More

Related Articles

Back to top button