Berita Semasa

KKM sediakan kod QR, salur aduan kebersihan makanan bazar Ramadan

PUTRAJAYA – Pengunjung bazar Ramadan di sini kini boleh mengemukan aduan kebersihan menerusi kod QR yang telah disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mulai hari ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, pengadu boleh membuat pilihan aduan menerusi kod QR yang disediakan di pintu masuk bazar.

“Pengadu-pengadu boleh scan QR Code dan pengadu boleh terus buat aduan dan kita ada letak juga bazar ramadan dan apa bentuk aduan yang boleh dilakukan serta dalam masa 24 jam tindakan akan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas melancarkan Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan di Bazar Ramadan Presint 3, di sini, hari ini.

Katanya, Ops itu bertuiuan untuk melindungi kesihatan awam dan mempromosi amalan keselamatan makanan dalam kalangan penjual dan pengguna.

Tambahnya, pemantauan tersebut meliputi bahan mentah dan tempat penyediaan makanan di bazar Ramadan.

Ditanya adakah KKM akan mengambil sampel makanan daripada peniaga bazar untuk diperiksa, Zaliha berkata, KKM akan mengambil sampel makanan tersebut bagi memastikan makanan yang dijual tidak tercemar.

“Kita akan buat benda yang sama untuk ambil sampel. Kita ambil sampel kita tahu musim Ramadan ini keselamatan makanan itu sangat penting.

“Dalam persediaan makanan itu ada macam-macam mungkin  ada rambut, organisma dan basi untuk mengelakkan keracunan makanan dan sebagainya,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button