Berita Semasa

Malaysia komited cari penyelesaian isu penindasan rakyat Palestin – PM Anwar

MAKKAH – Malaysia kekal komited dalam mencari penyelesaian kepada isu penindasan rakyat Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan mencari jalan bersama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi menyelesaikan isu tersebut.

Komitmen tersebut dinyatakan dalam pertemuannya dengan Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha di Istana Tetamu di Makkah sempena lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi bermula hari ini.

“Dalam pertemuan itu saya tegaskan Malaysia akan mencari jalan bersama OIC bagi menangani isu penindasan terhadap rakyat di Palestin.

“Malaysia juga akan memainkan peranan sebagai anggota OIC yang aktif dalam mendepani isu dihadapi umat Islam seluruh dunia,” kata Anwar dalam satu hantaran di laman Facebokk miliknya, sebentar tadi.

Dalam pertemuan itu, Anwar turut berkata bahawa Malaysia dan Turkiye akan bersama-sama mengetengahkan isu Islamophobia supaya difahami masyarakat antarabangsa.

Show More

Related Articles

Back to top button