Politik

PEJUANG kecewa ditolak sertai PN

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) kecewa apabila permohonan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) telah ditolak, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Amiruddin Hamzah.

“Adalah amat mendukacitakan bahawa iltizam dan matlamat untuk tidak memecahkan undi orang-orang Melayu tidak disambut oleh pimpinan PN.

“PEJUANG akan sentiasa kekal dalam arena politik negara untuk mempertahan Rule of Law dan membawa amanat perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, PEJUANG akan terus menggerakkan jentera di kawasan-kawasan tertentu untuk bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

Related Articles
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button