Politik

Wan Rosdy, Khaled dan Johari Ghani menang Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berjaya mencapai majoriti mudah sebanyak 63 undi untuk memenangi jawatan Naib Presiden UMNO.

Dalam keputusan tidak rasmi itu, dua lagi tempat dimenangi oleh Menteri Pendidikan Tinggi; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (60) dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (48).

Dalam pada itu, calon wanita tunggal bagi persaingan dalam jawatan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Azalina Othman tewas dalam persaingan dengan tujuh calon.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) mendapat tempat ke empat dengan jumlah undi sebanyak 35 bahagian.

Calon lain yang turut bertanding ialah Datuk Seri Hasni Mohamed, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan penyandang kerusi tersebut, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Show More

Related Articles

Back to top button