Bisnes & Ekonomi

Usahawan minuman kongsi rahsia catat jualan 3 juta botol dalam tempoh kurang 2 tahun

KUALA LUMPUR – Seorang usahawan dari Johor Bahru, Johor, yang mengusahakan perniagaan jualan minuman botol meraih jualan sebanyak tiga juta botol dalam masa tidak sampai dua tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Haos Ek?, puan Anis Permin, jualan minuman botol berkenaan merangkumi perisa kopi, teh, bandung, coklat dan kopi o yang dibotolkan di kilang miliknya sendiri terletak di Johor Bahru.

Katanya, penyertaan beliau sebagai salah seorang usahawan di bawah bimbingan  Precession Capital Berhad (PCB) telah membuka dimensi dan pandangan baharu dalam memahami bagaimana mekanisme modal dilaksanakan dan implikasinya dalam perniagaan.

Tambahnya, beliau mula menyertai kelas anjuran PCB pada Mei tahun lalu dan gembira dengan keputusan yang dibuat, kerana beliau telah menemui jalan penyelesaian bagi permasalahan dalam perniagaannya.

“Saya mula faham tentang mekanisma modal di mana selama ini sebagai usahawan bila saya rasakan pemasaran kita tu cantik kita pun gembira tapi perniagaan itu tidak berkembang.

“Kita terpaksa ambil hutang nak beli mesin, ambil hutang nak beli lori, ambil hutang nak beli kereta. Jadi sejajar dengan perkembangan syarikat hutang syarikat juga berkembang. Jualan berkembang, hutan berkembang tapi keuntungan kekal sama. Bila saya belajar dengan PCB, baru saya tahu rupa-rupanya mereka guna cara lain untuk mengembangkan modal syarikat, iaitu menerbitkan equiti,” kata beliau.

“Hal ini membuka mata saya ke dimensi yang lain kerana saya tertanya-tanya bagaimana ada usahawan lain yang berjaya buat jualan berbilion ringgit dalam tempoh masa satu kelahiran, sebab bila saya buat perniagaan sebelum ini nak simpan dalam dua-tiga juta sahaja pun bukannya mudah.  Tapi bila PCB ajar cara menerbitkan equiti, baru saya tahu inilah rahsianya dan ianya sangat menajubkan,” kata beliau lagi.

Mengulas lanjut, puan Anis berkata, mekanisme pemasaran juga sangat penting dalam memastikan modal syarikat sentiasa dapat dikembangkan dari masa ke masa.

“Bagi saya untuk syarikat berkembang sudah tentu ia memerlukan market mechanism (mekanisme pemasaran) di mana pengetahuan tentang teknik pemasaran jualan perlu diambil kira, tetapi untuk syarikat pergi lebih jauh, aplikasi capital mechanism (mekanisme modal) itu sangat penting,” katanya.

“Bagaimana untuk mengembangkan modal syarikat dan untuk memastikan perjalanan itu terus kekal, dan segala perancangan dapat dilakukan dengan baik, kita kenalah jaga modal insan (human capital) kita dengan baik jaga,” kata beliau lagi.

Puan Anis berkata demikian ketika ditemui Malaysia Tribune selepas Majlis Malam Gala Precession Capital Berhad di Grand Hyatt Hotel, di sini, malam tadi.

Yang hadir sama, CEO PCB, tuan Nazril Nash Idrus.

Menurut tuan Nazril, sebagai sebuah syarikat pelaburan portfolio yang mendidik, memupuk, dan melabur dalam perniagaan-perniagaan yang layak mendapatkan perkhidmatan perbankan, PCB telah berjaya membantu sebanyak 300 hingga 500 usahawan dalam pelbagai industri.

Katanya, PCB telah banyak berbakti untuk kebanyakan syarikat-syarikat pemulaan (startups) merentasi pelbagai industri menerusi bimbingan tenaga kerja yang bertauliah dan berkredibiliti.

“Kami bantu usahawan dari mula. Kadang-kadang ada usahawan SME di mana perniagaan mereka tidak boleh ke mana-mana, peningkatan pun sedikit nak buat jualan tidak tahu hala tuju,” kata beliau.

“Matlamat saya adalah untuk memberikan gambaran ataupun hala-tuju (roadmap) yang baru yang mereka perlu capai. Mereka mesti tahu nak pergi mana, bawa pasukan mereka bersama dengan mereka, dan saya terangkan bahawa kami ada matlamat yang lebih besar daripada apa yang mereka ada sekarang,” kata beliau lagi.

Mengulas lanjut, tuan Nazril berkata,  dengan kepakaran dalam bidang strategi kewangan, PCB kekal teguh dengan misi untuk memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tanah air.

Katanya, sejak penubuhannya pada 2016, PCB terus mengekalkan fokus yang luar biasa dalam mendatangkan pulangan yang luar biasa dan dalam jangka masa yang panjang bagi kedua-dua pihak pelabur.

“PKS memainkan peranan yang besar dalam memacu pasaran ekonomi, terutama sekali dalam negara-negara yang sedang membangun.

“PKS juga mempunyai pegangan besar dalam pasaran perniagaan global dan merupakan antara penyumbang penting peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi dunia.

Dengan kewujudan 1.15 juta perniagaan PKS di seluruh negara, mereka terdiri daripada 97.2 peratus  jumlah keseluruhan perniagaan di Malaysia dan membuka ruang pekerjaan kepada hampir 70 peratus tenaga kerja di negara ini,” jelasnya.

Tambah tuan Nazril lagi, syarikatnya sentiasa terbuka untuk membantu mana-mana usahawan berjiwa besar dalam mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, katanya, PCB juga akan tampil bagi membantu PKS merealisasikan misi PKS ini untuk menjadi sebuah perniagaan yang berjaya, berdaya tahan dan berkeuntungan menerusi penawaran perkhidmatan mereka yang pelbagai.

“Ciri yang saya cari adalah usahawan yang hati dia sangat besar yang berfikiran terbuka yang ingin menambah dan membina ekonomi.

“Sebab bila usahawan ini fikir untuk kaya sendiri, ini tak bagus. Dia mesti fikir dia nak kaya sebab dia nak kayakan orang lain,  nak buka Madrasah dan bantu orang lain berjaya juga. Jadi misi kami adalah untuk membantu mereka ke Bursa supaya mereka jadi lebih kaya, dan selain bayar cukai mereka ada nilai bersih (networth) yang lebih tinggi.

“Kepada usahawan yang tidak tahu ke mana mahu pergi walaupun ada azam baru untuk buat peningkatan, kami di sini mahu membantu dengan guna satu kerangka (framework) yang lebih hebat, dan bila mereka ada perancangan strategik mereka akan lebih teruja untuk jadi usahawan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Ketua Hubungan Pelabur PCB, tuan Shah Mohamad, menegaskan, PCB percaya bahawa kewujudan pembiayaan kewangan di peringkat awal akan menjadi alat yang mujarab bagi menggalakkan penubuhan firma-firma yang lebih berinovatif.

Katanya, Bank Dunia menerusi laporannya pada Februari 2022, “Malaysia – Assessment of the Start-up Financing Ecosystem and SME Program Efficiency Review” telah mendatangkan beberapa saranan dan input buat Malaysia dalam usaha menuju matlamat untuk mengubah landskap PKS mikro sebagai kuasa baharu pertumbuhan negara.

Walau bagaimanapun, jelasnya, pembiayaan kewangan hanya akan mengambil tempat seiring dengan peningkatan keyakinan dalam pulangan hasil perniagaan yang positif.

“PCB komited untuk memastikan aksesibiliti ilmu dunia perniagaan dan peluang-peluang pelaburan menjadi lebih kukuh,” tegasnya lagi

Show More

Related Articles

Back to top button