Politik

Ugut saya? Saudara salah pilih PM – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya untuk kekal memerangi amalan rasuah meskipun diugut oleh sesetengah pihak yang mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinannya pada masa ini.

Menurut Anwar yang juga Presiden PKR, beliau tidak takut dengan sebarang ugutan, sebaliknya akan menggunakan kuasanya untuk terus memerangi amalan tersebut.

“Kita buat siasatan. Kononnya, ada tindakan berbaur politik. Apa beza selama ini? Selama ini, kuasa politik itu melindungi penjenayah besar, kuasa politik itu melindungi kuasa-kuasa besar, mengkayakan beberapa penguasa dan digunakan kuasa itu untuk melindungi mereka dan menentang rakyat.

“Kita akan gunakan kuasa itu melindungi rakyat dan menyerang para perasuah. Ini gelanggang saya, PKR. Empat bulan saya bersabar, saya bicara secara tertib sebagai seorang Perdana Menteri. Hari ini saya bicara sebagai Presiden Keadilan, gerakan reformasi.

“Saudara mahu ugut kita dengan perhimpunan, mahu ugut kita takut bertindak dengan perasuah? Saudara salah pilih seorang Perdana Menteri. Saya tak akan takut ugutan itu. Ada kuasa, kita laksanakan.

“Kamu cuba nak rampas (Kerajaan Perpaduan)? Silakan. Tetapi itu tidak mudah. Kita siap dengan keris,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapanya sempena  Kongres Nasional Khas 2023 Malaysia Madani: Pelaksanaan Sebuah Idealisma di Stadium Malawati, di sini, hari ini.

Tambah Anwar, beliau juga menyelar tindakan seorang pemimpin yang telah memerintah selama 22 tahun, berbicara soal Melayu bakal kehilangan kuasa tetapi telah membolot (harta) untuk dia dan anak-anaknya.

“Ada orang sekarang, setelah 22 tahun, campur 22 bulan jadi berkuasa, sekarang mengeluh. Melayu hilang segala-galanya? Hilang harta, hilang saham. Bagaimana saja hilang kalau kamu bolot untuk keluarga dan anak-anak kamu?

“Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat. Jangan perbodohkan rakyat. Rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka.

“Kumpulkan.. tonton… Tan Sri-Tan Sri, tauke-tauke besar, berapa kerap orang sekarang merencana untuk mengugat dan menggunakan sentimen kaum, mengajak orang-orang Melayu membenci kepada kaum-kaum lain dan menyatakan kuasa hilang.

“Kamu pegang tampuk kepimpinan kuasa termasuk kerajaan tiga tahun baru-baru ini, mana Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355)?,” soal Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button