Berita Semasa

MRT Laluan Putrajaya mampu kurangkan kesesakan lebuhraya ke ibu kota

PUTRAJAYA – Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua dijangka dapat mengurangkan kesesakan trafik di lebuhraya terutamanya di jajaran Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Amir Hamdan berkata, pembukaan laluan tersebut hari ini turut dapat memberi keselesaaan orang ramai yang ingin bergerak mennggunakan perkhidmatan awam dari Putrajaya ke ibu kota dan sebaliknya.

“Kami menganggarkan ada kekurangan kesesakan trafik, terutamanya untuk lebuhraya berkaitan dengan jajaran Putrajaya.”

“Malah, kami harap dengan adanya pembukaan MRT Putrajaya ini dapat membantu mengurangkan kesesakan dan memberi keselesaan kepada masyarakat” ujarnya ketika ditemui pada majlis meraikan penumpang terawal MRT laluan Putrajaya, di sini hari ini.

Amir menambah, jangkaan awal penumpang pada tahun ini dianggarkan mencecah 100,000 penumpang.

Bagaimanapun, jumlah itu dijangka akan bertambah berdasarkan galakan pengguna di media sosial yang mempromosi pengangkutan awam ini.

“Kita jangkakan pada tahun ini mungkin boleh mencecah ratusan ribu dan kebiasaannya ia boleh meningkat lebih lagi.”

“Berdasarkan pengalaman kami, promosi di media sosial oleh pengguna banyak membantu dan menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam,” katanya.

Perkhidmatan MRT 2 laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer (km) adalah projek kedua MRT Lembah Klang, dan dibina dengan kos RM30.53 bilion.

Laluan berkenaan mempunyai 36 stesen, meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya dan Putrajaya.

Show More

Related Articles

Back to top button