Jenayah & Mahkamah

KPDN sita 11,000 liter minyak diesel cuba diseleweng

NILAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan merampas sebuah tangki berisi 11,000 liter bahan api yang dianggar bernilai RM53,550 di sini, pada Khamis.

Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Yusof, berkata, hasil serbuan juga telah menjurus kepada tangkapan dua individu lelaki  warga tempatan berumur 35 tahun, mengaku sebagai pemandu lori berkenaan bersama seorang lagi individu bukan warga negara yang ditemui di dalam premis terbabit.

“Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut termasuklah sumber minyak diesel ini diperolehi dan diedarkan.

“Kes juga disiasat dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).

“Jika disabitkan dengan kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit yang mana yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, KPDN juga menyarankan masyarakat untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat terutamanya berhubung penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi.

Untuk rekod, statistik penguatkuasaan Ops Tiris bermula 1 Mac sehingga 15 Mac tahun ini, 1,954 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh Negara dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1.07 juta telah direkodkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button