Berita Semasa

Salah guna nama, PMO tak teragak-agak ambil tindakan mahkamah

PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri memandang serius tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahgunakan nama atau kedudukan Pejabat Perdana Menteri bagi tujuan tertentu.

Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab sekaligus memberi dampak negatif kepada kredibiliti Pejabat Perdana Menteri dan institusi kerajaan.

“Justeru, pihak Pejabat Perdana Menteri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut termasuk melibatkan sudut perundangan terhadap pihak yang terlibat dengan perkara sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendakwa menerima panggilan daripada seorang individu bernama Deepak yang menggunakan nama Pejabat Perdana Menteri untuk menekan Ahli Parlimen Ayer Hitam berhubung isu telur ayam yang diimport dari India.

Show More

Related Articles

Back to top button