Berita Semasa

KPM tidak pernah kurangkan Bantuan Geran Per Kapita

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mengurangkan peruntukan Bantuan Geran Per Kapita (PCG) bagi setiap mata pelajaran di sekolah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Phkaruddin Ghazali berkata, dakwaan tersebut timbul mungkin timbul akibat salah faham mengenai kaedah pengagihan PCG mengikut sekolah.

“Di peringkat kementerian, kita tidak berbincang untuk mengurangkan bantuan geran itu,” kata Phkaruddin, hari ini.

Beliau kemudiannya menjelaskan, kekeliruan dipercayai timbul apabila bantuan yang diterima sekolah, adalah berdasarkan bilangan pelajar pada 1 Okt di tahun sebelumnya.

“Jadi, peruntukan yang diterima sekolah sebagai contoh bagi tahun 2023/2024 adalah berdasarkan bilangan murid yang berada di sekolah berkenaan pada 1 Okt 2022.

“Jadi, nampak kurang berbanding dengan angka semasa (yang mana akan ada pertambahan murid apabila ada perpindahan dan pertukaran sekolah),” jelas Pkharuddin.

Pkharuddin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia sempena pembukaan sesi persekolahan tahun 2023/2024. di sini hari ini.

Beliau kemudiannya memberitahu, bagi tahun ini peruntukan yang diterima kementerian belum sepenuhnya kerana Belanjawan 2023 masih dalam peringkat perbahasan di Parlimen dan belum diluluskan.

“Bagaimanapun, peruntukan sepenuhnya akan diagihkan sepenuhnya setelah belanjawan diluluskan, dan setelah diadakan penjajaran semula bilangan murid di sekolah nanti,” jelas Pkharuddin lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button