Jenayah & Mahkamah

PDRM rampas ubat gigi mengandungi ekstrak ganja dialamat kepada ahli politik

SEPANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas bungkusan disyaki berisi ubat gigi mengandungi ekstrak daun ganja di sebuah syarikat kurier di Pulau Meranti, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, seorang lelaki yang juga petugas di pejabat pertanyaan di sebuah kementerian telah menerima satu panggilan telefon memaklumkan ada satu bungkusan dialamatkan kepada dua ahli politik.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, bungkusan itu disyaki mengandungi barang terlarang dan pada minggu lalu, pejabat ahli politik terbabit turut terima satu bungkusan mengandungi ‘daun kanabis’,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada setiausaha sulit kanan ahli politik berkenaan.

“Kita telah merampas satu tiub ubat gigi berpenutup berwarna hijau dan putih bercorak daun ganja mengandungi pes putih kehijauan disyaki ubat gigi dan ekstrak daun ganja anggaran berat 80 gram yang dijumpai dalam bungkusan kotak,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata, hasil siasatan mendapati bungkusan itu dibeli oleh pengirim melalui laman e-dagang yang beralamat di Indonesia.

“Siasatan mendapati barang dirampas tidak mempunyai kaitan dengan penama yang dialamatkan. Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button