Berita SemasaSukan

Jaringan minit akhir Al-Rawabdeh selamatkan Selangor

GEORGE TOWN – Kesilapan saat akhir pemain Penang FC menyaksikan pasukan tuan rumah terpaksa berputih mata selepas ditundukkan 2-1 pasukan Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya di sini, pada Ahad.

Selangor yang dikendalikan Tan Cheng Hoe,  bermula garang dengan membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi Ayron del Valle.

Memasuki babak kedua, jurulatih Penang FC, Chong Yee Fatt yang turut dibantu Manzoor Azwira cuba mengubah corak permainan dengan melakukan beberapa pertukaran.

Keputusan tersebut ternyata membuahkan hasil selepas Rafael Vitor menyamakan kedudukan menerusi tandukan hasil sepakan percuma pada minit ke-87.

Tidak berputus asa, pasukan The Red Giant melakukan serangan bertali arus ke arah gawang Penang FC dan hasilnya Noor Al-Rawabdeh menjadi wira Selangor selepas menjaringkan gol pada  minit-minit akhir permainan.

Kejayaan itu membolehkan pasukan Gergasi Merah meraih tiga mata berharga dan mengumpul 10 mata bagi memberi saingan kepada pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Penang, walaubagaimanapun masih belum mencatatkan sebarang kemenangan dalam saingan Liga Super.

Show More

Related Articles

Back to top button