Berita Semasa

Malaysia akan terima empat buah helikopter Black Hawk

KLUANG – Tentera Darat Malaysia akan memperoleh empat buah helikopter Black Hawk bagi memenuhi kehendak dan keperluan operasinya.

Menurut portal Airtimes, perolehan itu diumumkan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dalam ucapannya pada Majlis Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat Ke-28 dan Hari Ulang Tahun Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) ke-28 di Kem Mahkota, Kluang, Johor.

“Dengan cadangan dan sokongan dari PUTD, kita telah dapat meyakinkan pihak Kementerian Pertahanan Malaysia untuk mendapatkan 4 buah lagi Blackhawk,” katanya.

Menurut beliau, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia memaklumkan bahawa proses perolehan tersebut hanya menunggu fasa meterai Surat Setuju Terima (SST).

“Insya Allah Mei dan bulan Jun, Black Hawk akan diterima dan berkhidmat dengan PUTD,” kata Zamrose yang memetik makluman dari Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Panglima Tentera Darat menegaskan perolehan helikopter Black Hawk ini adalah berdasarkan kehendak dan keperluan yang disuarakan oleh warga PUTD.

Terdahulu, Zamrose menyempurnakan perasmian penubuhan Rejimen 883 PUTD.

“Pasukan ini bertanggungjawab menentukan pengoperasian dan penyelenggaraan pesawat md530g dilaksanakan sebagaimana yang dirancang,

“Dengan tertubuhnya 883 PUTD ini, diharap akan membantu meningkatkan keupayaan dan keberkesanan pasukan udara tentera darat dalam pencapaian visi dan misinya,” kata Zamrose.

Show More

Related Articles

Back to top button