Jenayah & Mahkamah

Muhyiddin tiba di mahkamah

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu,Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Muhyiddin  bersama isteri dan ditemani beberapa anggota ahli keluarganya tiba pada jam 8.40 pagi.

Yang hadir sama, Turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Muhyiddin dijangka berdepan tujuh pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM230 juta.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pendakwaan akan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFPUAA).

Malam tadi, Muhyiddin mengesahkan beliau berdepan tujuh pertuduhan berhubung kes salah guna dana kerajaan Program Jana Wibawa dan rayuan pembatalan cukai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Tambah Muhyiddin, beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini dan kemudiannya akan didakwa di Mahkamah Shah Alam pada Isnin depan.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button