Berita Semasa

Tiada halangan berkarya di media sosial, tapi jangan sentuh isu 3R – tegas Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan individu yang menggunakan media sosial diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan tidak menyentuh isu yang sensitif semata-mata bagi menjadikan kandungan kreatif yang dihasilkan menjadi tular atau viral.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya sentiasa memantau kandungan yang dimuatnaik itu bagi mengelakkan daripada disalahgunakan bagi mempromosi perkara negatif dan mengancam keselamatan negara serta orang awam.

“Dari semasa kita akan buat pemantauan, kalau ada orang awam mengadu, kita ada undang-undang yang cukup untuk diambil tindakan. Mana-mana konten yang dimuatnaik itu pihak kementerian akan berhubung dengan penyedia konten terutamanya berkaitan isu keselamatan awam, kacau ganggu dalam khalayak umum, ajaran sesat, ekstremisme dan keganasan untuk diambil tindakan yang tegas dan pantas.

“Peringatan kepada semua, dalam kita berekspresi kita mesti awas, berwaspada dan berhati-hati. Buatlah konten yang viral dan baik nilainya dan jangan sampai pihak berkuasa ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Anugerah Viral KNKV dan Majlis Penjenamaan Semula KNKV di Hotel Hilton di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif KNKV, Profesor Adjung Adam Richman.

Mengulas lanjut, Fahmi juga mengingatkan supaya orang ramai supaya tidak menyentuh sensitiviti berkaitan 3R iaitu race (bangsa), religion (agama) dan royalty (raja).

Sementara itu, Fahmi berkata pihaknya terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitmedia Malaysia (MCMC) tidak selalunya meminta penyedia platform media sosial untuk menurunkan sesuatu kandungan, kecuali jika ia mendapat aduan orang ramai atau dikesan menyentuh mengenai 3R.

“Hampir 95 peratus daripada kandungan jika diturunkan adalah disebabkan pembuat kandungan itu melanggar panduan komuniti (yang ditetapkan penyedia platform). Malah, jika berlaku berulang kali, platform itu sendiri akan menutup akaun tersebut,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button