Berita SemasaPM X

Cukai taksiran kediaman strata, rumah teres di Putrajaya dikurangkan – PM

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengurangan cukai taksiran fasa dua di Putrajaya yang diberikan kepada pemilik kediaman strata (selain rumah mampu milik) sebanyak 5 peratus dan pemilik kediaman teres sebanyak 20 peratus.

Anwar dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, pengurangan cukai itu bermula 1 Julai nanti, sehingga penilaian seeterusnya oleh Perbadanan Putrajaya.

Kata Perdana Menteri, beliau mengambil maklum keluhan pemilik hartanah bahawa cukai taksiran yang dikenakan adalah agak tinggi.

“Pengurangan cukai taksiran ini diberikan kepada kediaman yang siap dibina selepas tahun 2017, di mana potongan akan diberikan terhadap jumlah cukai taksiran yang dikenakan.

“Ia melibatkan sejumlah hampir 2,700 unit kediaman strata dan teres yang siap dibina selepas tahun 2017 yang akan mula dilaksana mulai 1 Julai 2023 sehingga penilaian semula oleh Perbadanan Putrajaya,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan tersebut.

Beliau menambah, langkah tersebut adalah selari dengan aspirasi Malaysia MADANI menerusi elemen Ihsan bagi mengurangkan beban penduduk yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi.

Show More

Related Articles

Back to top button