Berita Semasa

Mentega Terbang: Polis mula buka kertas siasatan

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka satu kertaa siasatan terhadap filem kontroversi Mentega Kacang selepas menerima lapan laporan.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) akta yang sama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes masih dalam siasatan pihak USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Semalam, media melaporkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyerahkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap produksi filem tersebut.

Sebelum ini, tular sedutan babak dalam filem tersebut yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging babi daripada rakan bukan Islam untuk dimakan, selain bapanya membenarkan Aisyah keluar daripada Islam dan memeluk agama lain.

Sedutan babak itu tular di media sosial dan mengundang kemarahan netizen yang mempersoalkan bagaimana filem sebegitu dibenarkan untuk tontonan umum.

Show More

Related Articles

Back to top button