Politik

Keputusan RoS terhadap usul UMNO dalam PAU perlu disemak semula

KUALA TERENGGANU – Hasil keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap usul tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi UMNO perlu dibawa kepada semakan kehakiman.

Ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Aizat Fikri Nasir Fikri berkata, semakan itu penting untuk memastikan keabsahan penggunaan Seksyen 13(1)(c)(4), Seksyen 70 yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada UMNO.

Aizat Fikri yang sebelum ini menyerahkan surat bantahan usul berkenaan kepada RoS berkata, walaupun tidak meragui siasatan yang dilakukan oleh RoS, wujud kemungkinan keputusan (pengecualian) berpihak dilakukan di peringkat lebih tinggi.

Pengecualian itu dakwa beliau boleh disalah guna untuk membetulkan segala ketidak aturan yang dilakukan sesebuah pertubuhan.

“Pengecualian diberikan KDN itu turut mengesahkan ketidak aturan yang wujud di dalam proses mengangkat usul tambahan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 lalu.

“Secara logiknya jika tiada pelanggaran di bawah Seksyen 13(1)(c)(4), Seksyen 70 tidak perlu diguna pakai KDN dan RoS boleh menghantar surat memaklumkan tiada pelanggaran berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Aizad Fikri menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya campur tangan dalam hal itu kerana boleh mencalar kredibiliti kepimpinan kerajaan.

Sebelum ini laporan beberapa portal berdasarkan sumber dalaman mendedahkan bahawa RoS tidak meluluskan usul yang dicapai semasa Perhimpunan Agung UMNO 2002 pada Januari lalu kerana bertentangan dengan Perlembagaan parti itu.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam mengesahkan RoS telah pun meluluskan usul yang diputuskan dalam PAU 2022.

Show More

Related Articles

Back to top button