Berita Semasa

Program Tahfiz@PERDA-TECH sasar lahirkan teknologis hufffaz

BUTTERWORTH –  Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz@PERDA-TECH melalui kerjasama antara Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dengan pusat tahfiz dilihat akan melahirkan lebih ramai teknologis dalam kalangan huffaz.

Perda dalam satu kenyataan berkata, program tersebut bakal membuka laluan kepada pelajar aliran agama mendapatkan peluang dalam pendidikan kemahiran.

“Program rintis selama 6 hingga 12 bulan di PERDA-TECH ini melibatkan pengajian kejuruteraan kimpalan dan kejuruteraan automotif untuk fasa pengambilan pertama.

“PERDA-TECH turut menguruskan hal berkaitan kebajikan, disiplin, keselamatan, fasiliti pembelajaran hingga ke persijilan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Persijilan Kemahiran Malaysia yang diiktiraf Kerajaan Malaysia,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Terdahulu, Perda telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dua institusi pendidikan agama iaitu Madrasah Darul Uloom Shaikh Zakariyya (DUZAK), Parit Buntar, Perak dan Sekolah Menengah Agama Maahad As-Syakhiah Tahfiz Sains (MATSA), Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ramlan Harun; Pengurus Besar Perda, Mohd Asri Baharum; Pengerusi Kompleks Islam Shaiks Zakariyya (DUZAK) Parit Buntar, Mohd Noor Ariffin; dan Pengasas Sekolah Menengah Agama Maahad As-Shaksiah Tahfiz Sains (MATSA), Osman Jaafar.

Tambah Perda, kerjasama tersebut merupakan antara program Quick Win Perda bagi membudayakan TVET dalam kalangan pelajar aliran agama bagi memenuhi keperluan industri masa kini.

Show More

Related Articles

Back to top button