Berita Semasa

Fahmi persoal tiada tindakan diambil kerajaan terdahulu berhubung isu filem ‘Mentega Kacang’

SHAH ALAM – Menteri Komunikasi dan Digital, Mohd Fahmi Fadzil mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil kerajaan terdahulu berhubung isu tayangan filem kontroversi kontroversi, “Mentega Terbang”.

Menurut Fahmi, filem terbabit sudah mula dikongsikan di media sosial sejak April 2021.

“Filem ini mula berlegar, mula ditayangkan (pada) 2021 … siapa mentadbir ketika itu? Kenapa tiada apa-apa tindakan pada waktu itu?

“Mana kumpulan-kumpulan yang buat laporan sekarang ini? Waktu itu mereka di mana? Kenapa tak teliti (filem itu)?” soal Fahmi memetik laporan FMT.

Tambahnya lagi, terdapat pihak yang dengan sengaja memainkan semula isu berkenaan kerana tidak senang dengan kerajaan semasa.

“Kita tak boleh hipokrit dalam hal ini, ini bukan filem baharu tetapi sekarang ini baru diapi-apikan, dan diambil kesempatan oleh pihak yang mahu menyelerakan lagi ‘makanan’ politik,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis pengagihan Peranti Siswa dan perasmian MyDigital.KKD di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Sebelum ini, tular sedutan babak tertentu dalam filem itu di media sosial yang telah mengundang kecaman ramai pihak termasuk daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Menurut Mohd Na’im, filem berkenaan bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam tempatan.

Sedutan filem berkenaan memaparkan watak utama bernama Aisyah meminta daging khinzir daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan, selain bapanya membenarkan Aisyah meninggalkan Islam dan memeluk agama lain.

Semalam, SKMM memaklumkan, platform penstriman Viu menghentikan tayangan filem “Mentega Terbang” pada 27 Februari lalu selepas mula ditayangkan pada 19 Januari lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button