Berita Semasa

Jualan Rahmah Yadim tawar potongan harga 30 peratus

PUTRAJAYA – Sebanyak RM100,000 diperuntukkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sepanjang sambutan Hari Terbuka Putrajaya 2023 yang berlangsung bermula 2 hingga 5 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zamri Zainal Abidin (gambar) berkata, peruntukan itu merangkumi kos pengagihan pek bantuan kepada asnaf dan penganjuran Jualan Rahmah di Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan potongan harga sehingga 30 peratus.

“Program pertama Yadim sempena Hari Terbuka Putrajaya kali ini adalah agihan 200 pek bantuan kepada asnaf yang dinamakan Souq@Yadim.

“Esok pula kami akan menganjurkan Jualan Rahmah  yang menawarkan diskaun harga sehingga 30 peratus bagi barang-barang dapur termasuk barang basah,” katanya sebaik melepaskan konvoi 20 buah motosikal penghantar pek Souq@Yadim di sini hari ini.

Zamri berkata, pek bantuan kepada asnaf yang diedar di sekitar Putrajaya, Puchong, Bangi dan Kajang itu mengandungi  pelbagai jenis barangan dapur seperti minyak, beras, bawang, gula, tepung dan susu.

Sementara itu, untuk Jualan Rahmah yang akan diadakan esok, Yadim menyediakan 500 pek barangan keperluan dengan potongan harga istimewa yang layak dibeli oleh semua pengunjung.

Show More

Related Articles

Back to top button