Bisnes & Ekonomi

Sambutan tenaga kerja industri penerbangan kembali tinggi

KUALA LUMPUR – YEG Academy (M) Sdn Bhd dengan kerjasama MEATECH College baru-baru ini melancarkan Aviation Career Malaysia untuk menawarkan peluang pengajian dalam industri penerbangan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Antara program-program yang ditawarkan adalah Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat, Diploma Pengurusan Operasi Penerbangan dan Diploma Pengurusan Penerbangan Kargo.

Pengarah Urusan YEG, Hasan Ithnin berkata,  Aviation Career Malaysia yang bergerak di bawah kempen YEG Pesta Sambung Belajar dilancar untuk membuka peluang kepada lepasan SPM menceburi bidang industri penerbangan yang masih kurang diceburi.

Atas permintaan yang tinggi di pasaran, Hasan berkata, program dengan tanda pagar #jangansalahpilihbidang itu ‘dipakejkan’ dengan jaminan belajar terus kerja.

“Dari segi kebolehpasaran, program pengajian kami mencatatkan peratusan yang tinggi sehingga lebih 80 peratus bagi program yang lalu.

“Ini adalah hasil daripada jalinan hubungan dengan pihak industri sama ada melalui latihan industri dan pengiktirafan mereka kepada graduan yang kami lahirkan,” katanya pada majlis pelancaran Aviation Career Malaysia di Damansara, baru-baru ini.

Hasan berkata, untuk mendapatkan pendedahan terbaik, pihaknya menjalinkan kolaborasi dengan MEATECH College yang mempunyai reputasi tinggi dalam pengajian industri penerbangan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara program pengajian yang paling mendapat sambutan pada ketika ini adalah Diploma Pengurusan Penerbangan Kargo.

“MEATECH College yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan adalah institusi pengajian pertama yang menawarkan program pengajian berkaitan kargo udara di negara ini.

“Pengajian diploma selama tiga hingga empat tahun ini pasti akan menjadi batu lonjatan yang baik untuk graduan memulakan kerjaya di dalam dan luar negara,” katanya.

Selain MAETECH Collge, YEG Academy juga bekerjasama dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia  (UTHM) untuk program pengajian asasi yang membolehkan pelajar masuk ke program Ijazah dengan masa lebih singkat.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran YEG Academy, Azizulhakim Suhaimi berkata, kerjaya dalam bidang penerbangan yang menjanjikan peluang kerjaya lumayan perlu direbut generasi muda negara ini.

“Sebaik sahaja pandemik Covid-19 berakhir, industri penerbangan kini berkembang semula dengan pesatnya.

“Jangan hanya melihat kepada jawatan seperti juruterbang, jurutera dan krew kabin sahaja kerana masih banyak lagi bidang yang tersedia dalam lapangan ini.

“Tidak kira di bahagian mana, saya melihat peluang untuk mendapat kerjaya dengan gaji yang lumayan dalam industri ini sangat cerah. Itu belum lagi mengambil kira peluang pekerjaan di luar negara,” katanya.

Sempena pelancaran kempen itu, Azizulhakim berkata pihaknya  mensasarkan 1,000 pelajar melalui program pengajian Diploma MQA yang akan bermula pada April ini manakala 2,000 pelajar lagi bagi kursus pendek kerjaya.

YEG Academy dan MAETECH Collage turut memberi penghargaan kepada syarikat penerbangan seperti Malaysia Airline, Air Asia, Batik Air, Ground Team Red, DHL, Pos Aviation dan juga Aerodarat atas jalinan kerjasama sebelum ini.

Majlis diakhiri dengan pelancaran buku Aviation Industry For Malaysia yang bertujuan meningkatkan kesedaran umum mengenai kerjaya dalam industri penerbangan.

Show More

Related Articles

Back to top button