Politik

Razali Idris dilantik Ketua Penerangan Bersatu yang baharu

CYBERJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melantik Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya (MPT), Senator Datuk Razali Idris sebagai Ketua Penerangan parti yang baharu.

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Wan Saiful Wan Jan yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

Menurut Wan Saiful, pelantikan tersebut dibuat secara rasmi dalam satu mesyuarat parti itu malam tadi.

“Saya yakin Datuk Razali akan dapat meneruskan malahan menambah baik gerak kerja Penerangan seluruh negara.

Tahniah Tok Li,” katanya dalam satu hantaran bergambar dalam laman Facebooknya hari ini.

Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor melepaskan jawatan itu bagi memberi tumpuan untuk membersihkan namanya terlebih dahulu selepas berhadapan dengan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Wan Saiful, 48, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Show More

Related Articles

Back to top button