Jenayah & Mahkamah

Najib dilepaskan, dibebaskan daripada pertuduhan membuat pindaan akhir audit 1MDB

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan meminda laporan audit syarikat 1MDB.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes ‘prima facie’ bagi pertuduhan itu.

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan, didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri ketika itu untuk mengarahkan pindaan kepada laporan akhir audit 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2016 untuk mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Arul Kanda didakwa bersubahat dengan bekas Perdana Menteri dalam membuat pindaan terhadap laporan audit berkenaan.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah dalam kes rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button