Berita SemasaPM X

Kerajaan umum peruntukan segera banjir RM50 juta untuk Johor

SERDANG – Peruntukan segera sebanyak RM50 juta akan disalurkan Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri Johor sebagai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan yang akan disalurkan dalam masa terdekat itu diharap dapat membantu pengurusan bencana negeri itu.

“Kerajan akan menyalurkan RM50 juta untuk Johor, segera…untuk pengurusan sungai dan bantu mangsa banjir dan apa pun keperluan yang segera,” kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Anwar turut mengumumkan akan melawat mangsa banjir di negeri itu dalam masa terdekat.

“Beberapa menteri turun hari ini (di Johor) dan esok sebahagian lagi, dan saya akan atur dalam masa singkat (lawat mangsa banjir di Johor),” kata beliau.

Setakat pagi tadi, sebanyak 33,149 mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan RM10 juta bantuan disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), bagi membeli barangan keperluan dan bantuan tambahan kepada penduduk terjejas banjir di negeri itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button